jom sembang :)

Sunday 16 December 2012

orang-orang istimewa


Orang-orang yang istimewa dalam hidup kita adalah orang-orang yang mengingatkan kita kepada Allah dan Rasul-Nya.
Orang-orang yang istimewa dalam hidup kita adalah orang-orang yang membawa kita ke jalan kebaikan dan kesejahteraan.
Orang-orang yang istimewa dalam hidup kita adalah orang-orang memberi di saat ketiadaan, menyayangi di saat disakiti, memaafkan dalam kelukaan, bersabar dalam kepayahan, mengingatkan saat kealpaan dan tenang dalam kekacauan.

Orang yang istimewa dalam hidup kita ialah orang yang memperlihatkan kepada kita kekurangan-kekurangan diri kita, dan kita melihat diri kita dalam dirinya.
Orang yang istimewa dalam hidup kita ialah orang yang kita dapat mengambil banyak pengajaran daripadanya.
Orang yang istimewa dalam hidup kita ialah orang yang memiliki apa yang tidak kita punyai.
Orang yang istimewa dalam hidup kita ada kalanya berjaya menjatuhkan ego kita yang bernilai 50 sen itu sehingga menjadi rubu’ sahaja.
Orang yang istimewa dalam hidup kita sering membantu kita membetulkan persepsi kita terhadap kehidupan. Sempit menjadi luas, tegas menjadi lembut, dan sukar menjadi mudah.
Orang yang istimewa dalam hidup kita ialah orang yang berjaya membuatkan air mata mengalir mengenangkan Dia melalui perkataan atau perbuatannya.
Hargailah insan-insan istimewa di sekeliling anda.
Khabarkanlah kepada orang istimewa itu segera:
“Kamu ini istimewa lah!”

jom santai santai




Comel ;)






Sunday 2 December 2012

tugasan 3D

Tugasan 3D merupakan alat bantu mengajar yang dihasilkan oleh saya.Alat bantu mengajar (ABM) mestilah berbentuk 3D.Jadi saya menggunakan bahan yang senang diguna dan berpatutan. Selain itu, ia amat membantu pelajar-pelajar yang slow learner untuk mengenal objek -objek dan menyusun objek mengikut saiz yang sama.

Alat- alat yang diguna pakai untuk menghasilkan ABM ini ialah :


  • Kotak kasut
  • Batang kayu
  • Kabus
  • Kertas warna
  • Pembalut hadiah
ABM saya amat mudah untuk menghasilkannya.Ia tidak menggunakan masa yang banyak dan menarik jika kita kreatif untuk menjadikan bahan- bahan buangan sebagai alat pengajaran.











Friday 30 November 2012

kulit buku already done !

Alhamdulillah, kulit buku sudah siap .Seharian duk godek2 photoshop ..Mule2, angin la jugak sebab asyik tak jadi jer.Bile dah lame2 sikit,dah boleh edit.Berkat kesabaran.hehe. Terima kasih pada kawan- kawan yang sudi membantu.  Simple je.

Sile2 beli..Terhangat di pasaran.. haha :P


Sesi kelas fotografi

jom mengedit gamba .. baru2 nak blaja .. hehe













Wednesday 28 November 2012

mendekati mereka

Semasa prapraktikal di SMK jengka Pusat, banyak pengalaman yang saya telah perolehi. Mendekati mereka dengan lebih dekat membuatkan saya begitu teruja dan dapat pengalaman yang saya dapat. Mereka bagaikan kawan yang sering mengusik hati saya .Ketawa, berjenaka adalah sudah sebati bila menjejakkan kaki ke sekolah tersebut. Mereka seolah- olah bahagia dengan kehidupan mereka walaupun pada zahirnya mereka sering dipandang rendah. Mereka kuat, bijak di pandangan mata saya.








Sunday 4 November 2012

Siapakah mereka ?

insan istimewa :)

Terdapat pebagai definasi tentang masalah pembelajaran. Kepelbagaian ini wujud disebabkan oleh bidang ini kian berkembang, unik dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang menarik untuk dihalusi (Hardman, Drew & Egan, 2005). Ringkasnya, kanak-kanak bermasalah pembelajaran merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah dalam menguasai bahasa, pertuturan, membaca, menulis, menaakul dan mengira disebabkan oleh sistem saraf terutama otak yang tidak berfungsi.

Masalah ini tidak mempunyai kaitan dengan kanak-kanak yang menghadapi masalah kesukaran belajar akibat masalah pendengaran, masalah motor, kerencatan, masalah penglihatan, masalah emosi, masalah persekitaran, masalah budaya mahu pun masalah ekonomi.

Kementerian Pelajaran malaysia mentakrifkan kanak-kanak bermasalah pembelajaransebagai kanak-kanak yang gagal di sekolah, iaitu mereka yang tidak dapat mempelajari subjek yang dipelajari dengan mudah oleh kanak-kanak sebaya pada sesuatu peringkat persekolahan.

Sebelum ini istilah 'lembam' diguna pakai namun istilah ini digantikan dengan istilah kanak-kanak bermasalah pembelajaran untuk kebaikan perkembangan psikologi anak. Apabila dikaitkan dengan ujian IQ (Kecerdasan), kanak-kanak bermasalah pembelajaran mempunyai IQ 80-90 (Kirk, 1972).

Selepas tahun 1980-an,  istilah masalah pembelajaran mula digunakan bagi menggantikan istilah cacat akal. Ia mula diperkenalkan melalui Laporan Warnock, 1978 bagi merujuk kepada murid-murid berkeperluan khas. Murid-murid bermasalah pembelajaran memerlukan metodologi pengajaran yang menggalakkan mereka berinteraksi dan ini bergantung kepada keupayaan guru bagi mengenalpasti cara murid itu bertingkahlaku (Nind & Hewett, 1998).