jom sembang :)

Friday 30 November 2012

kulit buku already done !

Alhamdulillah, kulit buku sudah siap .Seharian duk godek2 photoshop ..Mule2, angin la jugak sebab asyik tak jadi jer.Bile dah lame2 sikit,dah boleh edit.Berkat kesabaran.hehe. Terima kasih pada kawan- kawan yang sudi membantu.  Simple je.

Sile2 beli..Terhangat di pasaran.. haha :P


Sesi kelas fotografi

jom mengedit gamba .. baru2 nak blaja .. hehe













Wednesday 28 November 2012

mendekati mereka

Semasa prapraktikal di SMK jengka Pusat, banyak pengalaman yang saya telah perolehi. Mendekati mereka dengan lebih dekat membuatkan saya begitu teruja dan dapat pengalaman yang saya dapat. Mereka bagaikan kawan yang sering mengusik hati saya .Ketawa, berjenaka adalah sudah sebati bila menjejakkan kaki ke sekolah tersebut. Mereka seolah- olah bahagia dengan kehidupan mereka walaupun pada zahirnya mereka sering dipandang rendah. Mereka kuat, bijak di pandangan mata saya.








Sunday 4 November 2012

Siapakah mereka ?

insan istimewa :)

Terdapat pebagai definasi tentang masalah pembelajaran. Kepelbagaian ini wujud disebabkan oleh bidang ini kian berkembang, unik dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang menarik untuk dihalusi (Hardman, Drew & Egan, 2005). Ringkasnya, kanak-kanak bermasalah pembelajaran merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah dalam menguasai bahasa, pertuturan, membaca, menulis, menaakul dan mengira disebabkan oleh sistem saraf terutama otak yang tidak berfungsi.

Masalah ini tidak mempunyai kaitan dengan kanak-kanak yang menghadapi masalah kesukaran belajar akibat masalah pendengaran, masalah motor, kerencatan, masalah penglihatan, masalah emosi, masalah persekitaran, masalah budaya mahu pun masalah ekonomi.

Kementerian Pelajaran malaysia mentakrifkan kanak-kanak bermasalah pembelajaransebagai kanak-kanak yang gagal di sekolah, iaitu mereka yang tidak dapat mempelajari subjek yang dipelajari dengan mudah oleh kanak-kanak sebaya pada sesuatu peringkat persekolahan.

Sebelum ini istilah 'lembam' diguna pakai namun istilah ini digantikan dengan istilah kanak-kanak bermasalah pembelajaran untuk kebaikan perkembangan psikologi anak. Apabila dikaitkan dengan ujian IQ (Kecerdasan), kanak-kanak bermasalah pembelajaran mempunyai IQ 80-90 (Kirk, 1972).

Selepas tahun 1980-an,  istilah masalah pembelajaran mula digunakan bagi menggantikan istilah cacat akal. Ia mula diperkenalkan melalui Laporan Warnock, 1978 bagi merujuk kepada murid-murid berkeperluan khas. Murid-murid bermasalah pembelajaran memerlukan metodologi pengajaran yang menggalakkan mereka berinteraksi dan ini bergantung kepada keupayaan guru bagi mengenalpasti cara murid itu bertingkahlaku (Nind & Hewett, 1998).